Andansura: Sambung Moratorium Baukist, Tidak Selesaikan Masalah

by Oh! Semput


15
SHARES
200
VIEWS
Posted on 28 Jun 2017 06:00:40


KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Beserah, Andansura Rabu mendakwa penyambungan lagi tempoh moratorium bauksit jika diputuskan begitu oleh pihak kerajaan sebenarnya tidak menyelesaikan masalah.
Beliau berkataka, pihak kerajaan perlu berani bertindak secara telus dan muktamad samada aktiviti bauksit diberhentikan atau diteruskan.
"Masalah kesesakan dipintu utara Pelabuhan Kuantan hari ini semakin kritikal akibat daripada pemeriksaan lori-lori menggangkut bauksit untukk masuk ke pelabuhan", katanya.
"Keadaan menjadi lebih buruk apabila banyak pengguna jalanraya lain terpaksa sama beratur panjang di belakang lori-lori ini apabila kerja-kerja membina jalan baru sedang berjalan."
"Debu-debu yang terhasil disepanjang laluan LPT selepas susur keluar Jabor juga semakin meruncing apabila lori-lori bauksit melalui kawasan tersebut.", tambahnya lagi.
Beliau turut menyarankan pihak kerajaan bersemuka dengan semua pihak yang terlibat termasuk wakil-wakil penduduk untuk menjelaskan halatuju sebenar aktivit perlombongan bauksit ini.
Hentikan serta merta segala aktiviti sehingga semua pihak diberikan penjelasan yang telus. Dibimbangi jika lanjutan tempoh moratorium akan digunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untukk meneruskan aktiviti lombong haram, kata kenyataannya. #pdonews
http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts