by Oh! Semput
Personaliti media sosial Andika Putera tak pernah curang ketika dalam perkahwinan bersama bekas isterinya, Ananda Natasha.
Tegas, Andika atau nama sebenarnya Muhammad Andika Putera, 27, dia tidak pernah curang dengan pekerja dan isteri orang, sebelum ini.
Penceramah motivasi asal Pulau Pinang ini berkata, dia bercerai dengan Natasha pada tahun 2022 atas faktor tiada persefahaman, namun rujuk semula demi kebaikan anak, Alisha Puteri.
Tegas Andika, tuduhan berlaku curang adalah fitnah yang sangat besar, lebih-lebih lagi dikaitkan dengan seorang wanita yang sudah berkahwin.
Dia bagaimanapun mengaku khilaf atas perbuatan kata-katanya ketika menyampaikan seminar mengenai topik hubungan suami isteri sehingga telah disalah tafsir dan dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab.
“Saya mengakui rasa khilaf sangat kerana penggunaan kata-kata saya berlebihan dan mesra terhadap coach itu. Saya memohon maaf atas kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku.
“Dan seperti biasa semua seminar saya akan dirakamkan untuk rujukan akan datang. Entah macam mana pihak yang dikenal pasti sudah memberikan video berkenaan kepada Natasha. Terus ia menjadi salah faham.
“Tak fasal-fasal saya dituduh curang selama 4 tahun tanpa bukti. Dalam kes ini, benar ia silap saya, tetapi seminar itu diadakan selepas saya bercerai, cuma disebabkan pihak ketiga menokok tambah, menyebabkan ia membina andaian terhadap Natasha ia berlaku sebelum bercerai,” ujarnya lagi.
Artikel lain: Dakwaan curang, Andika Putera pertahan diri – “Ada pihak ketiga tambah api”
Dia juga berharap dengan penjelasan yang diberi mengenai isu skandal tidak diperbesar-besarkan lagi kerana ia akan mengelirukan ramai pihak.
Tegasnya, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah jika ada pihak terus memfitnah dirinya.
“Saya tidak mahu membuka aib mana-mana pihak. Kerana itu selama ini saya hanya menjalani kehidupan seperti biasa dan menguruskan komitmen harian saya.
“Cukuplah tuduh saya macam-macam. Hentikan atau saya akan mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba menjatuhkan reputasi saya,” tegasnya.
Terdahulu, Natasha memuat naik siri tangkap layar dipercayai daripada beberapa individu di InstaStory mendakwa lelaki tersebut bermain kayu tiga bersama seorang wanita yang juga ikon motivasi dalam sebuah program.