Anggota Polis Maut Selepas Kereta Terbabas Ketika Dalam Perjalanan Pulang

by Oh! Semput


3
SHARES
35
VIEWS
Posted on 11 Jul 2026 15:01:28

Seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) maut selepas kereta yang dipandunya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dalam satu kemalangan di Kilometer 30 Jalan Persekutuan Pasir Puteh–Kota Bharu, berhampiran Simpang Kampung Banir Belikong, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 malam itu, mangsa berusia 28 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Saari Yaacob berkata, mangsa yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu dipercayai sedang memandu sebuah Perodua Kelisa dari Kota Bharu menuju ke kediamannya di Pasir Puteh selepas selesai urusan.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kenderaan yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebaik tiba di lokasi kejadian sebelum terbabas. Impak kemalangan menyebabkan mangsa tercampak keluar dari kenderaan dan mengalami kecederaan serius.

Pihak polis menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 12.05 tengah malam sebelum pasukan penyiasat bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan lanjut.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat kemalangan jalan raya. Polis masih meneliti semua aspek, termasuk keadaan jalan, faktor pemanduan dan keadaan kenderaan bagi mengenal pasti punca sebenar nahas.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Trafik IPD Pasir Puteh, Inspektor Abdul Munir Mohd Fauzi di talian 013-9872579.

Anggota Polis Maut Selepas Kereta Terbabas Ketika Dalam Perjalanan Pulang first appeared on #1 The News Malaysia.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts