Angka kematian letupan gas di Moscow meningkat kepada 7

by Oh! Semput


5
SHARES
71
VIEWS
Posted on 21 Sep 2023 18:00:25

ANGKA korban akibat letupan gas dan runtuhan bangunan kediaman di bandar Balashikha Wilayah Moscow meningkat kepada tujuh selepas mayat seorang wanita dan seorang kanak-kanak ditemukan di bawah runtuhan itu, menurut Kementerian Situasi Kecemasan Rusia pada Khamis, lapor Sputnik.

“Operasi mencari dan mengalihkan serpihan di Balashikha selesai. Seramai 27 orang cedera, tujuh daripadanya meninggal dunia. Lapan mangsa dibawa ke hospital,” menurut kementerian itu menerusi hantaran di Telegram.

upan berlaku pada pagi semalam di tingkat empat bangunan kediaman lalu mengakibatkan tingkat tiga dan empat runtuh.

Semasa operasi menyelamat, enam pekerja kecemasan terperangkap di bawah runtuhan apabila bangunan itu runtuh buat kali kedua dengan dua daripada mereka maut. – Bernama, 21 September, 2023.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts