ANGKASA sasar 3,000 peruncit koperasi guna JiMATbiz, JiMATshop tahun depan

by Oh! Semput


8
SHARES
106
VIEWS
Posted on 18 Jul 2020 05:02:17

KUALA TERENGGANU: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) menyasarkan 3,000 peruncit koperasi dan tiga juta pengguna menggunakan platform perniagaan JiMATbiz dan JiMATshop menjelang tahun depan.

Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah, berkata kedua-dua paltform itu adalah kesinambungan kepada Program Pembekalan Barangan Asas 100 (BA100) yang diperkenalkan pada Mei tahun lalu dalam usaha membantu golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

Katanya, kedua-dua platform perniagaan digital atau e-dagang itu mampu dimanfaatkan peruncit dan pengguna bagi mendapatkan barangan keperluan harian pada harga berpatutan, lebih kompetitif dan seimbang secara dalam talian.

"Berdasarkan kajian, kedai runcit yang menggunakan e-dagang boleh meningkatkan lebih lima peratus nilai jualan dan ini antara strategi untuk memperkasakan kedai runcit koperasi menerusi BA100.

"Oleh itu, peruncit koperasi perlu memodenkan perniagaan masing-masing dengan menggunakan platform digital bagi meningkatkan keberkesanan pemasaran secara dalam talian.

"Ini antara strategi yang dibuat antara pihak ANGKASA dan kerajaan untuk memodenkan pengendalian kedai koperasi selain dapat mengurangkan pembabitan orang tengah," katanya.

Beliau ditemui selepas Program Pembangunan dan Pemerkasaan Perniagaan Peniaga dan Penjaja Kecil Malaysia peringkat Zon Timur di sini, malam tadi.

Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah (tiga dari kanan) beramah mesra bersama peserta selepas merasmikan Program Pembangunan dan Pemerkasaan Perniagaan Peniaga dan Penjaja Kecil Malaysia peringkat Zon Timur di Kuala Terengganu. - NSTP/Ghazali Kori
Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah (tiga dari kanan) beramah mesra bersama peserta selepas merasmikan Program Pembangunan dan Pemerkasaan Perniagaan Peniaga dan Penjaja Kecil Malaysia peringkat Zon Timur di Kuala Terengganu. - NSTP/Ghazali Kori

Abdul Fattah berkata, ketika ini, terdapat 1,400 peruncit koperasi berdaftar dan pihaknya menyasarkan 400 lagi peruncit koperasi berdaftar menjelang hujung tahun ini, manakala bakinya tahun depan.

"Kita sasarkan nilai jualan setiap peruncit koperasi adalah RM200,000 setiap bulan dengan 1,000 pengguna bagi setiap outlet," katanya.

BA100 yang mendapat sokongan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi adalah program perniagaan e-dagang yang mengumpul belian barangan asas secara pukal mengikut permintaan di kedai runcit milik koperasi dengan menawarkan barang keperluan harian pada harga lima peratus lebih jimat berbanding pasaran biasa.

Sehingga kini, ANGKASA mempunyai 14,625 koperasi dan hampir 6.1 juta ahli di seluruh negara dengan perolehan RM45 bilion.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts