Anjing baka garang bawa beg tangan tuan di Bukit Bintang jadi tumpuan

by Oh! Semput


5
SHARES
65
VIEWS
Posted on 09 Oct 2019 18:02:00

Anjing baka Rottweiler dilihat membawa beg tangan tuannya ketika melintas jalan di Bukit Bintang. — Foto paparan Facebook/Nahur Bhai
Anjing baka Rottweiler dilihat membawa beg tangan tuannya ketika melintas jalan di Bukit Bintang. — Foto paparan Facebook/Nahur Bhai

KUALA LUMPUR, 9 Okt — Gelagat seekor anjing yang menolong tuannya membawa beg tangan semasa melintas jalan di Bukit Bintang mencuri perhatian warga maya.

Klip video berdurasi 24 saat yang mula tular di media sosial sejak semalam menunjukkan seekor anjing baka Rottweiler hitam menuruni tangga sambil menggigit beg tangan dan mengekori seorang wanita.

“Ada berani ragut?” catat pengguna Facebook Nahur Bhai yang memuat naik video dan kini mendapat lebih 48,000 tontonan.

Video itu mengundang pelbagai reaksi warga maya, ada yang memuji kesetiaan anjing itu dan ada juga yang mengkritik wanita tersebut yang dianggap menganiaya haiwan.

“Dia punya pengawal prihatin bertul. Jangan cuba usik-usik,” catat Anuar Ali.

Baca seterusnya di Malay Mail.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts