Nak Anjur Majlis Kahwin? Patuhi SOP Ditetapkan Ini Supaya Anda Tidak Didenda

by Oh! Semput


5
SHARES
66
VIEWS
Posted on 11 Aug 2020 13:04:09

Susulan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sejak 1 Julai lalu, kerajaan membenarkan penganjuran majlis sosial tetapi ada Prosedur Operasi Standart (SOP) yang perlu dipatuhi ia termasuk SOP majlis perkahwinan. 

Tiada salahnya mahu anjurkan majlis perkahwinan, tetapi pastikan anda mengikut SOP yang sudah ditetapkan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang semestinya menganggu kehidupan seharian kita.

Ada sebabnya SOP itu diwujudkan dan ada sebabnya kenapa ia perlu dipatuhi demi kebaikan kita semua.

SOP majlis perkahwinan kekang penularan Covid-19

SOP Majlis Perkahwinan Kredit foto: Sabah Daily

Jika mahu buat majlis kahwin, pastikan anda patuhi Proseder Operasi Standard (SOP) ini ya bakal pengantin! Jangan pula degil, nanti merana memakan diri.

Kementerian Perpaduan Negara sebelum ini mengeluarkan SOP bagi penganjuran majlis sosial termasuk kenduri, majlis perkahwinan dan pertunangan.

Garis panduan berkenaan dikeluarkan sebagai panduan untuk para penganjur yang ingin menganjurkan majlis-majlis sosial tersebut semasa tempoh Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

SOP ini juga terpakai untuk penganjuran kenduri atau majlis perkahwinan atau lain-lain majlis sosial di rumah ibadat bukan Islam.

Antara SOP yang perlu dipatuhi oleh penganjur majlis

Anda perlu mematuhi SOP majlis perkahwinan ditetapkan, ini kerana selain bagi mengekang wabak Covid-19, ia juga bagi mengelak anda didenda. Nak kena denda ke? Rugi tau, duit itu boleh bawa pergi bulan madu.

Yang penting majlis yang anda anjurkan selamat untuk semua dan tidak membawa kemudaratan kepada sesiapa. Lebih baiklah bersederhana daripada mengundang perkara yang akan mendatangkan mudarat di kemudian hari.

#1. Had kapasiti pengunjung

SOP Majlis Perkahwinan

SOP majlis perkahwinan yang ditetapkan menetapkan had kapasiti kehadiran pengunjung seramai 250 orang (mengikut saiz ruang majlis)

#2. Mewajibkan penjarakan sosial

Mewajibkan penjarakan sosial dalam kalangan tetamu yang hadir bagi mengelakkan jarak terlalu dekat. Susunan meja dan kerusi perlu mengikut etika penjarakan sosial.

Penganjur perlu memastikan tetamu makan dalam kedudukan penjarakan sosial dan tidak berkumpul semasa makan.

 #3. Tempoh penganjuran

Tempoh penganjuran yang dibenarkan juga adalah selama tiga hingga lima jam sahaja.

#4. Penganjur mesti boleh kawal keadaan

Majlis tidak dibenarkan sekiranya penganjur sukar untuk mengawal keadaan dan perilaku tetamu. Anda yang bakal dikenakan tindakan jika menyalahi mana-mana peraturan ya!

#5. Buffet tidak benarkan

Hidangan makanan dalam bentuk buffet atau layan diri adalah tidak dibenarkan.

#6. Tidak dibenarkan berhimpun sama sekali

Tetamu dilarang berkumpul atau berhimpun di luar ruang majlis sebelum atau selepas selesai majlis.

#7. Sediakan hand sanitizer

Sekiranya berkemampuan adalah lebih baik menyediakan hand sanitizer untuk kegunaan tetamu. Ia bagi memastikan tangan mereka sentiasa bersih sepanjang berada dalam majlis anda. Tidak rugi pun berbelanja untuk benda begini kan?

#8. Tempat yang cukup untuk membasuh tangan

 Sediakan tempat yang cukup untuk membasuh tangan yang dilengkapi dengan sabun.

#9. Pakai topeng muka

Sekiranya bergejala, pakai topeng muka, tetapi lebih baik tidak hadir terus! Bukan kerana anda sombong, tetapi kerana anda bertanggungjawab terhadap orang lain.

Tips buat pengantin PKPP

Walaupun anda pengantin PKPP, raikan hari bahagia anda sepenuhnya. Tidak semestinya tidak boleh buat majlis besar-besaran perkahwinan anda tidak meriah. Apa yang penting fikirkan hikmah di sebaliknya.

#1. Anda boleh fokus kepada perkara penting saja

SOP Majlis Perkahwinan

Fokus kepada perkara penting. Keputusan untuk berkahwin dengan insan yang anda cintai pasti satu perkara yang membahagiakan. Namun kesan daripada penularan Covid-19 sudah tentu memberikan impak kepada majlis yang anda rancang. 

Tetapi bukankah perkara paling penting adalah ikatan perkahwinan antara anda serta pasangan, dan bukannya majlis itu sendiri.

#2. Elak pembaziran

Banyak anda boleh jimatkan? Perasan atau tidak, mungkin wang yang dijimatkan itu boleh anda buat tambah aset bersama!

#3. Seringkas mungkin

Dalam konsep hiasan bagi majlis perkahwinan pula, amat disarankan untuk anda memilih sesuatu konsep yang ringkas dan mudah.

Semua individu, khususnya wanita mahukan majlis yang meriah dan cantik dengan dipenuhi bunga segar, hiasan mewah dan sebagainya.

Tetapi jika memilih untuk berkahwin ketika pandemik ini, pastinya ada beberapa keinginan yang tidak dapat dipenuhi.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

: astro awani

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts