vivo Dan PUBG Anjur vivo T1 Turbo Cup Challenge, Pendaftaran Dibuka Hari Ini

by Oh! Semput


2
SHARES
24
VIEWS
Posted on 13 May 2022 19:00:12

Bersempena siri gaming pertama vivo T1 yang baru saja dilancarkan tempoh hari, vivo dan PUBG bekerjasama menganjurkan pertandingan vivo T1 Turbo Cup Challenge.

Semua rakyat Malaysia layak menyertainya dan yang mendapat "Most Valuable Player" berpeluang mewakili Malaysia dalam peringkat akhir SEA.

Ia akan turut disertai negara jiran seperti Thailand, Vietnam dan Filipina.

Berikut ialah butiran mengenai vivo T1 Turbo Cup Challenge ini:

Pendaftaran terbuka: 13 Mei 2022

Permulaan: 11 Jun 2022

Peringkat akhir negara: 18 Jun 2022

Peringkat akhir SEA : 9 Julai 2022

Pemenang dalam peringkat akhir SEA akan memenangi hadiah bernilai $20,000 bersamaan sekitar RM87,890.

Untuk pasukan Malaysia, mereka layak menerima wang tunai tambahan dalam pertandingan peringkat tempatan mengikut prestasi, hadiah tunainya seperti berikut:

Tempat pertama: RM2,500

Tempat kedua: RM1,500

Tempat ketiga: RM500 (x2)

Untuk ulasan vivo T1 5G, anda boleh bacanya di SINI.

Untuk maklumat lanjut berkaitan vivo T1 Turbo Cup Challenge, sila ke halaman vivo di Facebook.

: Siaran Akhbar vivo

Baca juga:

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Popular Posts