2 PR antara 14 kes baru COVID-19 di S'pura

by Oh! Semput


HOME Posted on 14 Apr 2021 01:30:08



SINGAPURA: Singapura melaporkan 14 kes baru COVID-19 setakat pukul 12.00 tengah hari tadi (13 Apr) dan kesemuanya adalah kes-kes import.

Demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOH) menerusi kenyataan medianya hari ini.

Kesemua kes itu sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.

Antara kes-kes import itu, termasuk dua Penduduk Tetap Singapura (PR) yang pulang dari India.

Dua daripada kes-kes import itu adalah pemegang pas tanggungan yang tiba dari Nepal dan Pakistan.

Lagi empat kes import adalah pemegang pas pelajar yang tiba dari India dan seorang pemegang pas kerja yang tiba dari Indonesia.

Dua lagi adalah pemegang permit kerja yang tiba dari India dan Indonesia, dengan seorang daripadanya adalah pembantu rumah migran.

Baki tiga kes adalah pemegang pas lawatan jangka pendek yang tiba dari India dan Nigeria untuk menziarahi anggota keluarga mereka yang merupakan rakyat Singapura, menurut MOH.

Secara keseluruhannya, jumlah kes baru dalam masyarakat kekal stabil sebanyak dua kes seminggu dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini. Jumlah kes tanpa hubung kait dalam masyarakat juga kekal stabil pada dua kes seminggu sejak dua minggu lalu.

Antara 173 kes yang dilaporkan dari 7 Apr hingga 13 Apr, 65 kes diuji positif bagi ujian serologi mereka, 79 diuji negatif, manakala 29 hasil ujian serologi belum selesai, menurut MOH.

Tiada jangkitan dilaporkan di dormitori-dormitori pekerja migran.

Lagi 17 kes dibenarkan keluar hospital, membawa jumlah keseluruhan pesakit yang sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19 seramai 60,374.

Sebanyak 61 kes masih berada di hospital, dengan sebahagian besar dalam keadaan stabil atau sedang beransur pulih dan seorang pesakit dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi.

Lagi 227 kes diasingkan dan dijaga di kemudahan-kemudahan masyarakat. 

- CNA/NA/na

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News