by Oh! Semput
SUBANG JAYA: Peguam DAP kini sedang menguruskan kes melibatkan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui, mengikut saluran perundangan yang betul.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, memaklumkan, parti itu menyerahkan sepenuhnya kepada peguam berhubung penahanan Yu Hui atas dakwaan menghalang tugas penjawat awam.
“Peguam memang ada bersama beliau dan saya sendiri hanya mengetahui mengenai perkara itu hari ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Tabung Bantuan Mangsa Insiden upan Saluran Paip Gas Putra Heights, di Stesen LRT Putra Heights di sini pada Isnin.
Terdahulu, Yu Hui dan Pengerusi Save Musang King Alliance (SAMKA), Wilson Chang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung Satu kes di Raub, Pahang atas dakwaan menghalang tugas penjawat awam.
Penahanan itu disahkan oleh Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman yang memaklumkan kedua-dua mereka ditahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan. #SinarHarian