Anwar bertemu Ismail Sabri, bincang isu semasa

by Oh! Semput


4
SHARES
56
VIEWS
Posted on 07 Dec 2022 02:00:33

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya.

Anwar berkata beliau menghargai kesudian bekas perdana menteri merangkap naib presiden Umno itu untuk bertemu dan bertukar pandangan dengannya berkaitan pelbagai isu semasa.

“Saya juga nyatakan penghargaan kepada beliau atas dukungan dan sokongan yang diberikan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau malam ini.

Beliau turut memuat naik sekeping foto yang diambil semasa pertemuan kedua-dua pemimpin.

Anwar, yang juga pengerusi Pakatan Harapan, dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia pada 24 November selepas Pilihan Raya Umum ke-15 manakala Ismail Sabri merupakan perdana menteri kesembilan. – Bernama, 6 Disember, 2022.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts