by Oh! Semput
Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibawa kepada pasukan petugas khas Putrajaya bagi menyiasat kerugian pertukaran asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar tahun 1990-an hari ini.
Menurut anak sulungnya Nurul Izzah Anwar, keluarganya telah dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pegawai-pegawai penjara.
Berikutan itu, Anwar bergegas ke ibu pejabat Kementerian Kewangan di Putrajaya, namun tiada maklumat lanjut diberikan.
Difahamkan, peguam Anwar, R Sivarasa kini cuba meyakinkan kementerian kewangan bagi membenarkan beliau mewakili anak guamnya itu dalam pendengaran berkenaan.
Anwar menjadi menteri kewangan antara tahun 1991 dan 1998.