PM Anwar: Malaysia Perlu Lahirkan Tenaga Mahir Seiring Kemajuan Teknologi

by Oh! Semput


4
SHARES
47
VIEWS
Posted on 23 Sep 2026 15:00:35

Malaysia perlu memastikan pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi bergerak seiring dengan kemajuan teknologi dan perubahan keperluan industri, terutama dalam bidang semikonduktor, kecerdasan buatan (AI) serta tenaga boleh diperbaharui.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemampuan sesebuah negara menarik pelaburan dan mendapatkan teknologi baharu perlu disokong tenaga kerja yang mempunyai kemahiran untuk mengendalikan, menyesuaikan serta meningkatkan teknologi berkenaan.

Beliau berkata perkara itu semakin penting ketika Malaysia menyasarkan pelaburan bernilai RM500 bilion dalam industri semikonduktor menjelang 2030, di samping sasaran meningkatkan kemahiran 60,000 jurutera tempatan dalam bidang berkemahiran tinggi.

Menurut Anwar, perkembangan Shanghai yang berubah daripada sebuah pusat industri tradisional kepada hab teknologi tinggi termasuk semikonduktor dan AI menunjukkan bahawa kemajuan industri perlu disertai proses pembelajaran serta peningkatan kemahiran secara berterusan.

Dalam usaha memenuhi keperluan tersebut, Malaysia memperkukuh agenda TVET 2.0 dengan memberi tumpuan kepada hubungan lebih rapat antara institusi pendidikan dan latihan dengan sektor industri. Industri juga perlu terlibat dalam menentukan kemahiran serta latihan yang diperlukan supaya tenaga kerja dapat mengikuti perubahan teknologi.

Anwar turut menekankan keperluan institusi TVET mempercepatkan pembangunan kemahiran dalam bidang yang dijangka menjadi pemacu ekonomi masa depan, termasuk AI, semikonduktor dan tenaga boleh diperbaharui.

Pada masa sama, kerjasama Malaysia-China dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) terus diperkukuh, termasuk melalui program latihan kemahiran belia yang telah dijalinkan sejak 2013.

Malaysia turut diberi tanggungjawab menerajui agenda pekerjaan hijau ASEAN, termasuk usaha menyediakan tenaga kerja yang bersesuaian dengan perkembangan ekonomi hijau serta memperkukuh pengiktirafan kemahiran teknikal merentasi sempadan melalui perintis ASEAN Digital Skills Passport.

Menurut Anwar, walaupun teknologi dan automasi semakin canggih, tenaga manusia yang mempunyai kemahiran teknikal tetap diperlukan untuk memastikan operasi industri berjalan lancar serta menangani masalah apabila berlaku gangguan pada sistem atau peralatan.

Pendekatan itu mencerminkan keperluan Malaysia bukan sahaja memberi tumpuan kepada kemasukan teknologi dan pelaburan baharu, tetapi pada masa sama memastikan tenaga kerja tempatan mempunyai kemahiran yang relevan dengan perubahan industri.

PM Anwar: Malaysia Perlu Lahirkan Tenaga Mahir Seiring Kemajuan Teknologi first appeared on #1 The News Malaysia.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts