Anwar perlu bertindak sebelum isu stokin ‘Allah’ makin parah, kata Guan Eng

by Oh! Semput


4
SHARES
51
VIEWS
Posted on 02 Apr 2024 18:00:38

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim perlu mengadakan mesyuarat dengan Majlis Keselamatan Negara susulan serangan bom petrol di rangkaian kedai KK Mart, kata Lim Guang Eng.

Bekas menteri kewangan dan juga ahli Parlimen Bagan itu dalam satu kenyataan berkata mesyuarat itu sangat diperlukan bagi mengelak isu itu semakin sukar dikawal.

Tiga rangkaian KK Mart dilempar bom petrol dengan insiden terbaru di Kuching, Sarawak pada Sabtu.

Insiden pertama dan kedua berlaku di Perak dan Pahang pada 26 dan 29 Mac.

Setakat ini tiada tangkapan dibuat tetapi polis sedang menyiasat serangan itu.

“Perdana menteri perlu panggil mesyuarat tergemar Majlis Keselamatan Negara untuk mengambil langkah segera dan mencegah isu ini semakin menular yang boleh menjejaskan keamanan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara kita,” katanya.

Lim yang juga pengerusi DAP berkata tindakan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh yang terus-terusan menggunakan isu stokin dengan tulisan “Allah” yang dijual di KK Mart akan menambah ketegangan dalam negara.

KK Mart dikecam hebat selepas bertindak menjual stokin berkenaan yang didapati dijual di kedainya di Bandar Sunway.

Pengasas KK Mart KK Chai dan isterinya Loh Siew Mui, yang juga pengarah syarikat itu, didakwa di mahkamah baru-baru ini atas perkara itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching Ahsmon Bajah berkata polis sedang memburu individu yang menjadi dalang dalam serangan terbaru itu.

“Kami menerima laporan berkenaan insiden di KK Mart Jalan Satok pada 31 Mac.

“Bahagian depan kedai terbakar selepas bom petrol dibaling ke kotak yang mengandungi air mineral di depan kedai,” katanya. – 2 April, 2024.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts