Anwar akan jadi seperti Mandela, kata Wan Azizah

by Oh! Semput


6
SHARES
78
VIEWS
Posted on 27 Dec 2016 06:00:31

Pakatan Harapan tidak akan berputus asa untuk mengangkat bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri walaupun beliau kalah dalam rayuan kedua sabitan kes liwatnya.

“Apa yang tidak, jangan sesekali katakan tidak,” ujar Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media.

Beliau ditanya sama ada Pakatan Harapan menerima hakikat Anwar tidak akan menjadi perdana menteri selepas pilihan raya umum akan datang ekoran pembangkang bakal berbincang mengenai calon perdana menteri dalam mesyuarat mereka.

Dia kemudian menyamakan isu Anwar dengan mendiang Nelson Mandela yang menjadi presiden Afrika Selatan selepas 27 tahun meringkuk dalam penjara.

“Mandela jadi presiden…” katanya sambil menambah pembangkang akan membincangkan calon perdana menteri sementara.

Mengulas lanjut, Ketua Penerangan Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad berkata, mereka akan berbincang calon perdana menteri sementara sehingga Anwar dibebaskan dan layak untuk menerajui negara.

[Berita lanjut menyusul]

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts