Anwar ucap takziah tragedi gempa bumi Turkiye

by Oh! Semput


7
SHARES
87
VIEWS
Posted on 06 Feb 2023 15:00:18

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta semua negara yang terjejas akibat gempa bumi maut yang melanda wilayah Kahramanmaras di selatan Turkiye pada Isnin.

Anwar berkata pasukan mencari dan menyelamat khas Malaysia (SMART) berlepas ke Turkiye malam ini untuk membantu pihak berkuasa tempatan dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan terjejas.

“Saya amat sedih dengan kehilangan besar nyawa, kecederaan dan kemusnahan besar-besaran berikutan gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang melanda selatan Turkiye. Gempa bumi besar itu juga menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan jumlah korban besar di negara-negara jiran.

“Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya ingin merakamkan rasa simpati dan takziah kepada mangsa dan keluarga serta semua negara yang terjejas akibat bencana itu. Semoga Allah Yang Maha Kuasa memberi kesembuhan kepada  mangsa dan ketenangan yang cepat kepada yang berduka,” menurut catatannya di Facebook hari ini.

Gempa bumi kuat berukuran 7.4 pada skala Richter dilapor melanda wilayah selatan Turkiye di Kahramanmaras jam 4.17 pagi Isnin dengan pihak berkuasa pengurusan bencana Turkiye memaklumkan ia berpusat di daerah Pazarcik.

Menurut laporan media, gempa bumi yang melanda selatan Turkiye berhampiran bandar Gaziantep itu meragut 912 nyawa di Turkiye, manakala 476 lagi kematian direkodkan di Syria setakat ini.

Menurut kementerian luar, setakat ini tiada laporan mengenai rakyat Malaysia terjejas dengan kejadian itu. – Bernama, 6 Februari, 2023.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts