Anwar tidak simpan dendam terhadap Najib

by Oh! Semput


HOME Posted on 16 May 2018 19:02:00


16 Mei 2018 9:32 PM

KUALA LUMPUR - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak menyimpan sebarang perasaan buruk terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, walaupun dihukum penjara semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri itu.

Menurut Anwar, beliau tidak ingin menjadikan perkara beliau dipenjarakan sebagai isu terhadap Najib.

"Namun, isu ketidakadilan terhadap rakyat, jenayah yang dilakukan terhadap rakyat dan rasuah yang sudah menjadi budaya di negara ini, semua itu perlu beliau jawab.

"Tetapi, apa yang melibatkan kebajikan peribadi saya, saya sudah maafkan (beliau). Saya ingin terus melangkah. Saya tidak menyimpan sebarang perasaan tidak baik terhadap Najib atau sesiapa jua," kata Anwar pada sidang media selepas pembebasannya hari ini.

Anwar diberi pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, susulan keputusan yang diambil pada mesyuarat Lembaga Pengampunan.

Beliau menjalani hukuman penjara lima tahun mulai Februari 2015 bagi  kesalahan liwat. 

Sebelum ini, beliau dijadual dibebaskan pada 8 Jun ini. - Bernama

's

SUMBER ASAL


Norlida Ishak Shop
Leave a Comment:

Related News