by Oh! Semput
Semalam, CEO Primeworks, Datuk Ahmad Izham Omar mengambil langkah drastik. mereka sudah menggantung khidmat pengacara program berkenaan, manakala siri berkenaan ditamatkan serta-merta.
“Azizul Ammar Abu Hassan digantung ekoran insiden mempersendakan nama ayah dan keluarga Watson Nyambek melalui rancangan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.
Turut dikenakan tindakan, enam kru Sukan Tak Sentral.
Bagaimanapun tidak dinyatakan selama mana penggantungan tugas berkenaan berkuat kuasa. Sepanjang tempoh penggantungan itu, Ammar juga tidak akan dipanggil untuk mana-mana rancangan terbitan Primeworks Studios.
Isu pengacara TV yang menghina bapa kepada tokoh sukan negara, Watson Nyambek mendapat kecaman teruk daripada masyarakat. Majoriti tidak dapat menerima penghinaan demikian yang disifatkan sebagai keterlaluan dan tiada “sense of humour”. Secara kasarnya, adalah tidak masuk akal apabila penerbit rancangan merepek ini boleh meluluskan lawak Ammar ini.
Apabila melihat video pengacara tersebut iaitu Azizul Ammar menangis tanda kesal, kesalahan itu bukan terletak di bahu beliau seorang sahaja. Semestinya, penerbit serta pengurus kandungan rancangan itu adalah punca sebenar ia berlaku. Mereka sepatutnya menegur Ammar berkenaan lawak menghina bapa Watson. Namun sebaliknya, mereka melihat itu sebagai lawak yang masyarakat mahukan.
Situasi ini adalah pengajaran yang sangat “realistik” kepada semua media di sana. Masyarakat tidak bodoh dengan lawak seperti ini. Anda silap. Harap anda insaf.
#IngatIniLawakKe #BelajarDariKesilapan