1MDB: Apandi jawab dakwaan pihak berkuasa Switzerland

by Oh! Semput


HOME Posted on 12 Jul 2018 00:00:12


11 JULAI: Bekas peguam negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, hari ini menjelaskan bahawa beliau tidak dapat bekerjasama dengan pihak berkuasa Switzerland mengenai siasatan terhadap 1MDB kerana sebab undang-undang.

Sambil menolak dakwaan dakwaan enggan bekerjasama, katanya, beliau ada berjumpa dengan pihak berkenaan sebanyak dua kali di Switzerland untuk membincangkan mengenai isu ini.

“Pada masa itu, apabila permintaan dihantar ke Malaysia pada 2016, polis Malaysia masih menyiasat kes 1MDB,” katanya seperti dilaporkan BH.

Apandi berkata, beliau juga masih ingat bahawa dalam jawapan bertulis yang dia berikan kepada Switzerland, sebagai peguam negara ketika itu, memandangkan siasatan Malaysia masih berjalan, untuk memenuhi permintaan Swiss mungkin membawa prejudis di negara ini.

“Saya dengan tegas mematuhi Seksyen 20 (1) (I) Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 (Akta 621).

“Saya hanya mematuhi undang-undang yang mentadbir kerjasama berkenaan dalam bantuan undang-undang bersama,” katanya.

Terdahulu, Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber dalam satu kenyataannya berkata, Apandi pada 2016 tidak mahu bekerjasama dengan pihaknya.

Kenyataan itu dibuat selepas perjumpaan dengan peguam negara baru Malaysia, Tommy Thomas.

Sila Tularkan Berita ini:

Like Loading...

Share

SUMBER ASAL


Norlida Ishak Shop

Related News


Leave a Comment: