Aplikasi Ini Didakwa Sebagai Perisian Hasad Dari Rusia Selepas Tular

by Oh! Semput


1
SHARES
9
VIEWS
Posted on 20 May 2022 15:30:23

Aplikasi yang semakin popular dikalangan pengguna telefon pintar ini didakwa sebenarnya adalah perisian hasad dari Rusia yang mencuri data pengguna dan dihantar ke pelayan di Rusia.

Dakwaan itu timbul selepas aplikasi yang dikenali sebagai "NewProfilePic" dengan pantas mendadak popularitinya selepas kurang dari sebulan dilancarkan, aplikasi tersebut telah dimuat turun oleh lebih daripada 1 juta pengguna Android sahaja.

Kapsyen: Aplikasi NewProfilePic ini kini berada ditangga ke-128 di Apple AppStore. Selain versi percuma, ia turut ditawarkan dalam versi premium yang berharga RM139.99 (Android) dan RM114.90 (iOS).

Ditambah lagi dengan aplikasi NewProfilePic dibangunkan oleh warga Rusia dan didaftarkan di dalam negara tersebut.

Respon terhadap dakwaan tersebut, pemilik dan pembangun aplikasi itu dari syarikat Linerock Investment LTD, Victor Sazhain memaklumkan bahawa dia dilahirkan di Rusia.

Pasukan pembangun yang membangunkan aplikasi bagi peranti iOS adalah berpangkalan di Rusia dan sebahagian besarnya adalah warganegara Rusia.

Sementara pasukan pembangun bagi peranti Android pula kebanyakkannya adalah terdiri daripada rakyat Ukrain.

Penyelidik keselamatan yang menyelidik latar belakang aplikasi ini juga telah respon dan menyatakan bahawa mereka tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan aplikasi NewProfilePic mengambil info peribadi penggunanya dan menghantarnya ke Rusia bagi tujuan jenayah.

: Fox13

Baca juga:

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts