Aplikasi Google Home Kini Boleh Membuat Panggilan Ke Paparan Pintar Melalui ‘Call Home’

by Oh! Semput


HOME Posted on 12 Sep 2019 12:09:02



Google Nest Hub adalah paparan pintar pertama Google. Melalui paparan pintar, pengguna mempunyai lebih kawalan berbanding dengan pembesar suara pintar. Paparan pintar boleh memaparkan pekbagai informasi, maklumat, memainkan muzik, mengawal peranti-peranti berhubung dan banyak lagi.

Salah satu fungsi menarik pada Google Nest Hub adalah, ia boleh membuat panggilan video Google Duo. Untuk Nest Hub Max anda boleh nampak individu yang sedang dipanggil, tetapi Nest Hub tiada kamera jadi hanya audio sahaja. Terkini. aplikasi Google Home telah dikemaskini dengan menambah fungsi ‘Call Home’.

Melalui ‘Call Home’, pengguna boleh membuat panggilan video dari telefon pintar terus ke paparan pintar. Tidak kira Nest Hub atau Nest Hub Max, tiada masalah untuk membuat panggilan video ini – cuma pada telefon wajah individu dipaparkan jika panggilan dibuat pada Google Nest Hub. Kemudian jika panggilan tidak dijawab, notifikasi akan dipaparkan pada paparan pintar dan jika panggilan video dilakukan semula – multi-tetingkap akan terpapar memperlihatkan notifkasi dan panggilan video.

Fungsi ini dilihat muncul dalam aplikasi Google Home versi 2.13.50.15 untuk Android. Pada iOS, aplikasi Google Home masih tidak mempunyai fungsi ini lagi.

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...