Aplikasi MyDigital ID Dikemaskini – Kini Menyokong MyKad Generasi Baharu

by Oh! Semput


5
SHARES
59
VIEWS
Posted on 01 Oct 2026 14:00:36

Aplikasi MyDigital ID kini dikemaskini, sekaligus menyertakan sokongan untuk MyKad generasi baharu. Dengan langkah ini, kini pengguna MyDigital ID boleh melakukan pengesahan identiti mahupun pendaftaran dengan menggunakan MyKad generasi baharu.

MyKad generasi baharu telah diperkenalkan pada 16 September lepas, membawakan kemaskini dari segi rekaan keseluruhan, disamping penambah-baikkan pada sekuriti. Perubahan rekaan turut membawa kepada keperluan pelbagai aplikasi yang melakukan eKYC atau pengesahan identiti untuk mengemaskini aplikasi dan sistem masing-masing.

Bagi pengguna aplikasi MyDigital ID, boleh mengemaskini kepada aplikasi versi baharu dan menikmati ciri baharu ini. Buat masa ini, kemaskini ditawarkan untuk pengguna Android, dan dijangka menyusul untuk pengguna iOS dan Huawei tidak lama lagi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts