Apple AirPower Dilaporkan Telah Dalam Proses Pengeluaran

by Oh! Semput


HOME Posted on 12 Jan 2019 17:02:55


Apple sebelum ini telah memperlihatkan pengecas nirwayar mereka tersendiri dinamakan AirPower pada September 2017 yang lepas. Pada awalnya, ia disasarkan untuk dilancarkan pada 2018 yang lepas, tetapi perkara berkenaan tidak berlaku.

Malah, Apple juga tidak menyentuh mengenainya ketika pelancaran iPhone baru pada 2018 lepas. Desas-desus hadir sebelum ini mengatakan terdapat cabaran teknikal dalam pembangunan pengecas nirwayar berkenaan – dimana ia menjadi lebih panas berbanding kebiasaan.

Apple AirPower adalah sedikit berbeza dengan pengecas nirwayar biasa, memandangkan ia berupaya mengecas sehingga tiga peranti pada sesuatu masa. Ketika demo yang diperlihatkan Apple, mereka mempertontonkan kebolehan mengecas iPhone, Apple Watch dan AirPods melaluinya.

Terkini, menurut ChargerLAB, Apple dikatakan telah memulakan proses pengeluaran untuk AirPower ini. Sekiranya, benar, maka kita mungkin akan dapat melihat pengecas nirwayar ini dipasarkan oleh Apple dalam masa beberapa bulan lagi.

Selain pengecas nirwayar ini, Apple juga dijangka memperkenalkan AirPods generasi baru tidak lama lagi yang menyokong pengecasan nirwayar ini. Mungkinkah kita akan melihat kedua-duanya dilancarkan Apple dalam masa beberapa bulan lagi?

Breaking: AirPower is finally coming. We just learned from credible source in supply chain that the manufacture Luxshare Precision has already started producing Apple AirPower wireless charging pad. Luxshare Precision is also the maker of Apple AirPods and USB-C cables. pic.twitter.com/UqgWIAh3sx

— ChargerLAB (@chargerlab) January 12, 2019

SUMBER ASAL


Norlida Ishak Shop
Leave a Comment:

Related News