Apple Dilapor Mula Menguji iPhone Dengan USB-C Tapi Mungkin Hanya Dijual Di Eropah

by Oh! Semput


8
SHARES
99
VIEWS
Posted on 14 May 2022 07:30:14

Beberapa hari lalu, sumber kukuh iaitu Mark Gurman telah mengatakan bahawa Apple akan menggantikan port Lightning pada iPhone dengan USB Type-C seawal 2023.

Bagi yang mengikuti berita berkenaannya pasti tidak asing dengan khabar angin ini kerana Suruhanjaya Eropah telah merangka undang-undang yang memaksa Apple membangunkan iPhone dengan port USB Type-C.

Terbaru, Bloomberg melaporkan Apple kini sudah mula menguji iPhone dengan port USB-C untuk model akan datang.

Bukan itu sahaja, syarikat itu juga sedang membangunkan adapter atau converter menghubungkan Lightning dengan Type-C.

Undang-undang daripada Kesatuan Eropah (EU) ini menggunakan alasan untuk mengurangkan sisa buangan elektronik selain penjimatan untuk pengguna.

Walaupun sudah mendapat sokongan majoriti, namun ia masih belum termaktub secara rasmi.

Dengan kebarangkalian tinggi ia akan dilaksanakan secara rasmi, Apple perlu memasarkan iPhone dengan port USB-C, sekurang-kurangnya untuk pasaran Eropah jika tidak mahu dikenakan tindakan

Pun begitu, ada kemungkinan bahawa iPhone versi Lightning akan terus dijual untuk pasaran luar Eropah namun buat waktu ini ia masih awal untuk disahkan.

Apa-apa pun, ia pastinya berita gembira apabila Apple benar-benar mengaplikasikannya kelak kerana dengan satu jenis kabel saja, kita dapat mengecas peranti Android, Apple, pencukur, TWS dan lain-lain dengan mudah.

Baca juga:

https://wiser.my/apple-mungkin-akan-mengalah-barangkali-usb-c-akan-hadir-pada-iphone-2023

 

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Panduan Borong China
Popular Posts