by Oh! Semput
Apple hari ini turut hadir dengan kemaskini untuk kotak sambungan ke televisyen mereka, Apple TV 4K. Seperti pada namanya, ia menawarkan sokongan resolusi sehingga paparan 4K, dilengkapi dengan cip Apple A19 yang lebih berkuasa berbanding generasi lama, sekaligus menawarkan pengalaman dan prestasi lebih baik dalam membolehkan pengguna menikmati kandungan menggunakannya.

Alat kawalan Apple TV 4K juga turut menyertakan sokongan Siri melalui sebuah butang khusus untuk mengaktifkannya, dan pada masa yang sama turut menyertakan sokongan clickpad untuk kawalan mudah.
Seperti sebelum ini, pengguna turut boleh gunakan sokongan cast untuk berkongsi kandungan dari peranti ke skrin televisyen, menggunakannya bersama iPhone dalam membuat panggilan FaceTime, dan menyokong sehingga empat speaker untuk pengalaman audio yang baik – turut melalui integrasi bersama HomePod Mini 2.
Di Malaysia, Apple TV 4K ini akan ditawarkan bermula 13 November, pada harga RM1349.