by Oh! Semput
Apple dilihat telah mengemas kini harga bagi barisan iPad di pasaran global, termasuk Malaysia, yang melibatkan iPad mini, iPad A16, iPad Air M4 dan iPad Pro M5. Pelarasan ini hadir tidak lama selepas CEO Apple, Tim Cook, memaklumkan bahawa kenaikan harga produk syarikat itu sukar dielakkan susulan peningkatan kos komponen.
Berdasarkan semakan di laman rasmi Apple Malaysia, harga baharu yang ditawarkan bermula seperti berikut:
Sebelum ini, Tim Cook menjelaskan kenaikan harga produk Apple tidak dapat dielakkan berikutan peningkatan kos cip memori dan storan yang kini mendapat permintaan tinggi untuk kegunaan pelayan AI. Keadaan itu memberi tekanan kepada rantaian bekalan dan sekali gus meningkatkan kos pengeluaran.
Selain iPad, Apple turut mengemas kini harga kesemua model Mac di Malaysia. Bagaimanapun, setakat ini harga siri iPhone 17 masih kekal seperti ketika dilancarkan.
{suggest}
Apple Kemas Kini Harga iPad Di Malaysia – iPad Pro Kini RM1,000 Lebih Mahal WISER.MY.