Logo Apple Kembali Berlampu Pada MacBook Pro Dengan Skrin Sesentuh

by Oh! Semput


3
SHARES
38
VIEWS
Posted on 29 Oct 2026 07:00:52

Selain tiada lagi takuk kamera pada skrin MacBook Pro dengan PROLED XDR, Apple turut mengembalikan ciri ikonik yang menjadikan MacBook unik berbanding komputer riba biasa. Logo Apple di belakang semua model MacBook Pro PROLED XDR dengan skrin sesentuh kini kembali menyala dalam warna putih.

Ciri logo Apple yang menyala ini dihentikan 10 tahun lalu selepas siri MacBook dikemaskini. Kembalinya ciri lampu ini langsung tidak diuar-uarkan oleh Apple menerusi laman rasmi mereka. Ia hanya disedari dalam video yang dimuat naik oleh John Ternus di X dan yang dihasilkan oleh penghasilan kandungan yang diberikan akses awal semalam.

MacBook Pro PROLED XDR dilengkapi dengan skrin Tandem OLED yang sama seperti iPad Pro. Apple tidak memberitahu bagaimana logo pada panel penutup ini dinyalakan. Ia akan mula menyala apabila skrin dibuka pada sudut 90 darjah dan mati secara automatik apabila MacBook ditutup.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts