by Oh! Semput
Apple kini mula mencari sejumlah pekerja runcit melibatkan beberapa jawatan berbeza dari segi operasi dan teknikal, yang berpusat di Putrajaya. Ini sekaligus membawa kepada spekulasi yang mana Apple mungkin membuka Apple Store kedua di Malaysia, di Putrajaya.

Sebelum ini, Apple Store pertama di Malaysia telah dibuka pada Jun 2024 yang lepas, iaitu sekitar lebih 2 tahun. Sejak dibuka, ramai yang berkunjung dalam mendapatkan pengalaman dan melihat rekaan Apple Store di Malaysia, selain turut mengikuti aktiviti yang disediakan di sana. Sejak dibuka juga, pelbagai produk Apple telah mula dilancarkan awal di pasaran Malaysia, setara dengan pasaran utama lain, sekaligus membuatkan pengguna tidak perlu lagi mengimport barangan dari negara lain.
Spekulasi berkenaan Apple Store kedua telah diperkatakan sejak daripada tahun lepas, dan kini dengan pencarian pekerja Apple Retail berpusat di Putajaya membawa kepada spekulasi Apple Store baharu akan dibuka di sekitar Putrajaya. Sebelum ini, Apple telah memulakan pencarian pekerja untuk Apple Store Malaysia pertama sekitar Disember 2022, sebelum Apple Store dibuka Jun 2024, iaitu sekitar setahun setengah selepas pencarian pekerja.