Apple Patenkan Ciri Buka Aplikasi Kamera Secara Automatik

by Oh! Semput


2
SHARES
26
VIEWS
Posted on 21 Jan 2019 11:00:29

Sejak beberapa tahun ini, Apple kerap kali diperkatakan membawa “inovasi” yang sudah lama dipakai peranti Android.

Terbaru, syarikat pengeluar itu dikesan sudah memfailkan paten untuk mengaktifkan sistem kamera secara automatik.

Berdasarkan maklumat yang dimuat naik oleh AppleInsider, paten itu menyebut ” Alat dan kaedah untuk mengaktifkan kamera secara automatik berdasarkan perlakuan untuk mengambil gambar atau video”.

Difahamkan, apabila pengguna mengangkat peranti pada kedudukan yang biasa dibuat untuk merakam foto, ia akan mengesan subjek menerusi sensor jarak (proximity),  aplikasi kamera akan terbuka secara automatik berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

Bagi mengesan pergerakan , Apple dikatakan menggunakan accelerometer.

Untuk mudah difahami, apabila iPhone berada dalam kedudukan yang sepatutnya dan terdapat subjek dikesan berhampiran, ia akan mengaktifkan aplikasi kamera.

Walaubagaimanapun, fungsi ini hanya sekadar paten dan belum dapat dipastikan sama ada ia akan tampil pada produk akhir ataupun tidak.

: Apple Insider

foto utama: iPhoned

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts