by Oh! Semput
Apple kini dalam perancangan untuk memperkenalkan Siri generasi baharu yang hadir bersama-sama integrasi kecerdasan buatan. Siri AI ini dijangka diperkenalkan secara rasminya kepada pengguna awam bersama-sama iOS 27 yang dijangka ditawarkan selari pelancaran iPhone baharu September ini.

Siri AI dijangka akan menyediakan akses asas kepada pengguna, dan sekiranya pengguna ingin perlukan kapasiti tambahan dan ciri tambahan, maka perlu melakukan langganan untuk mengaksesnya. Menurut Tim Cook, langganan Siri AI akan ditawarkan bersama-sama langganan iCloud+.
Pada hari ini, Google turut melakukan penawaran langganan berbayar untuk akses tambahan Gemini. Disamping itu, OpenAI dan Anthropic turut menyediakan penawaran lebih kurang sama.
Buat masa ini, harga langganan untuk Siri AI bersama iCloud+ ini masih tidak diketahui. Dengan Apple sedia menjana pendapatan tinggi melalui perkhidmatan langganan dibawah Apple Services, tidak mustahil kita turut melihat Siri AI menjadi penyumbang tinggi pendapatan Apple bergerak ke hadapan.