by Oh! Semput
Apple hari ini secara rasminya memperkenalkan sebuah panel paparan pintar untuk digunakan dalam rumah oleh seisi keluarga, dinamakan Apple HomeView. Ia hadir dengan skrin 7-inci dan turut dikuasakan bersama Siri AI, membolehkan pengguna berinteraksi dengannya dan menyemak pelbagai perkara dengan mudah menggunakannya.

Apple HomeView dilihat diposisikan sebagai peranti di rumah yang menjadi titik rujukan untuk seisi keluarga, termasuk dari menyemak maklumat, temujanji, mahupun menggunakannya dalam membuat panggilan video FaceTime. Ia hadir dengan speaker untuk didirikan, atau turut boleh dipasang pada dinding.

Apple mengatakan skrinnya akan menunjukkan informasi berasaskan kepada jarak pengguna, dan memudahkan pengguna mengikutinya dengan sekali imbas. HomeView dioptimasikan untuk digunakan oleh sehingga 6 orang. Ia turut boleh digunakan untuk menjadi paparan gambar ketika tidak digunakan, ataupun digunakan untuk memainkan lagu.

Buat masa ini, ia masih tidak dinyatakan penawaran Apple HomeView untuk pasaran Malaysia. Salah satu kemungkinannya adalah kerana ia hanya menyokong Siri AI dalam bahasa Inggeris sahaja.