Anak Nora Ariffin Enggan Masuk Campur Isu Rumah Tangga Ibu Dan Bapa Tiri- “Mereka Orang Dewasa, Boleh Urus Masalah Sendiri”

by Oh! Semput


8
SHARES
105
VIEWS
Posted on 24 May 2025 06:31:03

Penyanyi muda Putri Dahlia, anak kepada penyanyi terkenal Datuk Nora Ariffin, memilih untuk tidak mencampuri urusan peribadi ibunya, termasuk isu berkaitan kemelut rumah tangga yang sedang hangat diperkatakan.

Putri, 21, berkata dia yakin ibunya mampu membuat keputusan terbaik demi kebahagiaan dan ketenangan diri.

Advertisement

Saya sebenarnya tak baca komen dan tak terlibat. Saya fikir mereka adalah orang dewasa, boleh uruskan masalah sendiri. Sebagai anak, saya hanya menyokong apa yang mereka buat, tapi tidak terlibat dengan isu-isu itu.

Saya percaya apa yang ibu buat kerana mesti ada sebab tersendiri. Saya hanya nak ibu buat pilihan yang boleh buatkan dirinya gembira dan tenang.

Putri berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran lagu terbaharunya bersama Zaki Yamani berjudul Aku Ada, yang berlangsung di The Port Karaoke, IOI Mall Puchong pada Jumaat lalu.

Dalam masa sama, Putri mengakui dirinya sering menjadi tempat ibunya meluah perasaan dan menganggap dirinya seperti ‘pakar terapi’ dalam rumah.

Saya kadang-kadang boleh dianggap ‘pakar terapi’ di rumah. Dengan kawan-kawan pun saya akan cakap kalau ada masalah boleh jumpa saya sebab saya ini seorang yang ada empati. Kadang-kadang ibu pun datang berjumpa dan meluah masalahnya kepada saya.

Saya bukan beri nasihat, cuma mendengar kerana mungkin mereka hanya mahu meluah. Saya memang rapat dengan ibu dan percaya pada setiap keputusan yang dia buat.

Terdahulu, Datuk Nora mengejutkan peminat apabila memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya, Dr Rushdi, dipercayai susulan tekanan daripada pihak ketiga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

mamat sepah mohon maaf kepada syamsul debat
3 hours ago

Mamat Sepah Dikecam Gara-Gara Menyampuk Dalam Podcast, Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Ustaz Syamsul Debat

Anak Nora Ariffin Enggan Masuk Campur Isu Rumah Tangga Ibu Dan Bapa Tiri- “Mereka Orang Dewasa, Boleh Urus Masalah Sendiri” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts