by Oh! Semput
PETALING JAYA - Polis meminta orang ramai memberikan maklumat mengenai penulis blog Hussein Abd Hamid atau lebih dikenali sebagai steadyaku47, berhubung artikel mengandungi kenyataan berunsur fitnah dan penghinaan terhadap institusi diraja.
“Penama dikehendaki untuk siasatan bersabit laporan polis berkenaan satu artikel yang mengandungi kenyataan berunsur fitnah serta penghinaan terhadap institusi diraja Pahang,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Abd Jalil Hassan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) akta hasutan 1948 dan seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai penama itu diminta menghubungi Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas Junainah M Kasbolah atau Pegawai Penyiasat Jagachandran Murugesen di talian 03 22666071. #sumber