39 Artis Kpop Gegar Stadium Malawati 18 Ogos

by Oh! Semput


3
SHARES
45
VIEWS
Posted on 28 Jun 2018 03:02:18

Kwave3Poster2 print

FESTIVAL Muzik K-WAVE 3 dibawakan khas oleh Mcalls anjuran MacpiePro dengan kerjasama MSR kini kembali memeriahkan industri hiburan tempatan.

Barisan artis seperti FTISLAND, EXID, MONSTA X, AOA, JEONG SEWOON, WJSN dan BOYFRIEND akan mencetuskan gelombang di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor, 18 Ogos depan bermula pukul 8.00 malam.

Sebelum ini, selama dua tahun berturut-turut festival muzik K- Wave diadakan di tempat terbuka, kali ini penganjur memilih untuk mengadakannya di stadium tertutup sekaligus memberi peluang kepada peminat untuk melihat 39 idola mereka beraksi dalam 7 kumpulan lebih daripada 120 minit.

Lebih istimewa, peminat K-pop yang berusia antara 15-17 tahun (lahir pada tahun 2001 hingga 2003) berpeluang untuk menyaksikan konsert itu dengan harga tiket bernilai RM34.

Kelompok yang sama serta pengguna Mcalls diberi keistimewaan untuk menyaksikan konsert itu hampir percuma iaitu hanya dengan menebus Pakej Masuk, iaitu dengan cara membayar hanya wang pemprosesan sebanyak RM4.

Pakej Masuk ke festival berkenaan merangkumi (tiket konsert + yuran pemprosesan + Sim Pek Mcalls Y33) yang menawarkan harga antara RM34 hingga RM498. Jualan untuk orang ramai akan bermula I Julai ini, pukul 12.00 tengahari.

Sementara itu, pengguna Mcalls pula diberi keutamaan untuk membeli Pakej Masuk dua hari lebih awal berbanding pembeli lain iaitu pada 29 dan 30 Jun. Semua Pakej Masuk boleh didapati dengan melayari laman web www.mcalls.asia/kwave3.

Sila semak laman Facebook MacpiePro di @MacpiePro ataupun melayari laman web rasmi www.macpiepro.com untuk maklumat lanjut mengenai Festival Muzik K-WAVE 3 dibawakan khas oleh Mcalls ini.

FESTIVAL MUZIK K-WAVE 3 DIBAWAKAN KHAS OLEH MCALLS

</div>


            <p><a target=SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts