“Laki asyik ugut cerai , aku ada maruah. Aku tak terdesak lelaki la.” -Zarina Anjoulie

by Oh! Semput


17
SHARES
224
VIEWS
Posted on 08 May 2021 07:00:58

Rumah tangga selebriti penuh kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul atau mesra disapa Anju sekali lagi runtuh hanya selepas dua bulan rujuk dengan bekas suaminya, Eilyas Azhar.

Mereka berdua juga dilihat saling berbalah di media sosial selepas Anju memaklumkan sendiri penceraiannya kali kedua dengan lelaki tersebut.

Dalam satu perkongsian video di Instagram, selebriti dan usahawan tersebut telah menjelaskan mengapa dia nekad untuk kembali berpisah dengan suaminya. Dia juga menjelaskan segala spekulasi berkenaan posting-posting mereka yang saling berbalah sebelum ini.

Dalam video tersebut, pelakon drama Anak Pontianak ini mengulas mengenai penceraiannya serta kenyataan bekas suami yang menceraikannya di IG story.

“Berhenti bertanya kepada saya, “kenapa Anju cerai?”. Saya fikir ianya sudah jelas kenapa Anju cerai. Saya cuba untuk rujuk semula, baiki segalanya tapi kadang-kadang perkara itu sudah tidak boleh. Lelaki yang waras mana, yang datang dari keluarga bertabligh, yang rasa bangga ceraikan isteri di Insta Stories? dan megah kata nak bakar barang yang ex-wife dia bagi. katanya.

Selain itu, dia turut menyentuh perihal kenyataan bekas suami yang mahu membakar barangan pemberiannya selepas mendakwa Anju meminta dia memulangkan kembali beg dan beberapa lagi barang pemberian.

Tapi hanya bakar satu itu je. Benda lain seperti telefon, duit, IG followers yang kau dapat dari aku sampai 60 ribu kau tak nak pula bakar? soalnya

alt

Anju juga sempat memberitahu yang bekas suaminya kerap mengugut mahu menjatuhkan talak tiap kali berselisih faham sebelum ini sehingga dia tidak tahan dan mengambil keputusan untuk terus membawa haluan masing-masing.

To me, dia sangat hiprokrit. Yang duit aku kasi kau tak nak pula bakar. Aku yang lalui benda ni dan tak perlu untuk aku explain kenapa aku cerai. Sudah jelas. Kalau lelaki asyik nak ugut cerai, aku lihat je. Aku ada maruah. Aku tak terdesak lelaki. Baik aku fokus kat anak dan family aku. Kalau boleh aku nak talak tiga. Aku nak move-on dari kehidupan sebelum ini.” jelasnya lagi

alt

Untuk makluman, Anju dan Eilyas Azhar elah melangsungkan pernikah pada September tahun lalu dan mengejutkan banyak pihak apabila bercerai kali pertama pada bulan Mac tempoh hari.

Namun, tidak lama selepas itu mereka mengambil keputusan untuk kembali bersama dan sekali lagi Anju memberitahu pengikutnya di Instagram bahawa telah diceraikan suami untuk kali kedua awal minggu lalu.

: Zarina Anjoulie

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts