'Asyik Kutuk Orang Kelantan Je, Last-Last Sangkut Juga Dengan Orang Kelantan'

by Oh! Semput


7
SHARES
96
VIEWS
Posted on 22 Jul 2017 02:01:14


Tak dinafikan ramai yang prejudis dengan mereka yang datang dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Stereotaip bagi mereka yang berasal dari Kelantan kerana mungkin dari sikap segelintir rakyat negeri tersebut yang lebih selesa berdialek Kelantan. 

Bak kata orang jangan terlalu membenci sesuatu takut nanti bertukar menjadi sayang. Bagi Nabilah Huda Azlan, mungkin bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta kerana pada awal perkenalan masing-masing mengutuk negeri masing-masing. 

Namun, kalau dah jodoh daripada sesi kutuk mengutuk itulah membuatkannya terjatuh cinta tanpa sengaja. Ikuti perkongsian dari wanita ini. 

KELATE VS TRANUNG

Alkisahnya, takde sesi ngorat mengorat pun masa first time kenal. Masa mula-mula kenal masing-masing suka kutuk negeri masing-masing. Aku kutuk Terengganu.Dia kutuk Kelantan. Dia start dulu. Memang aku balas balik. Dua-dua kaki kutuk rupanya. 

Walhal dulu takde sejarah silam pun dengan lelaki Terengganu or berkait apa apa dengan orang Terengganu. Entah la kenapa rasict. Hahaha. 

Dia pulak taksuka orang kelantan sebab loghat orang kelantan. Tak faham katanya. Dia siap suruh aku pindah planet lain sebab cakap macam alien. Padahal loghat dia lagi alien.

Disebabkan dulu dia ni racist gila dengan orang kelantan sekarang ni dah mendapat bakal isteri originally pior from Kelantan. Dalam duk mengutuk negeri masing-masing terjatuh cinta tanpa sengaja. Cehh gituu.

'Jangan Racist Sangat Dengan Orang Kelantan'

Bila first time dia datang Kelantan masa nak datang merisik dan bertunang dia puji negeri Kelantan dan cakap takleh dinafikan memang perempuan Kelantan semua cantik-cantik belaka (hari last dia boleh cuci mata). Tapi tapi dia cakap bakal isteri dia paling cantik. Awww.Sorry neelofa.

So, yang taknak berjodoh dengan perempuan Kelantan don't be racist sangat dengan orang kelantan nanti jadi macam dia. Last last tersangkut jugak dengan orang Kelantan. Kalau dia sorang tersangkut takpela. 

Masalahnya dengan i sekali tersangkut . Padan muka kan dah berkongsi kerusi atas pelamin. Kahkahkah. No more racist racist hokayyy and dont try this at home. Lots of love from Kelantan. 

-

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts