by Oh! Semput
Masa kini, media sosial adalah satu perkara yang menjadi kemestian buat semua pihak.
Bagi kelab bola sepak, media sosial menjadi wadah terbaik untuk mereka menyampaikan berita terkini mengenai kelab mereka serta mewujudkan hubungan mesra bersama para peminat mereka.
Baru-baru ini, pihak Digital Sports Media telah mengeluarkan kedudukan kelab-kelab di dunia dengan bilangan pengikut terbanyak di media sosial.
Mereka mengambil bilangan pengikut di laman-laman seperti Facebook, Instagram, Twitter, Periscope, Google+ dan juga Youtube.
Kuasa besar merajai carta
Adalah satu perkara yang ketara apabila kedudukan 10 teratas dikuasai oleh kelab utama dunia.
Barcelona merupakan pasukan terunggul apabila mempunyai komuniti media sosial terbesar seramai 207 juta orang merentasi 6 laman media sosial yang kami beritahu pada awal artikel tadi.

Ia diikuti dengan Real Madrid seramai 205 juta orang pengikut dan Manchester United dengan jumlah 112 juta pengikut.
Kelab-kelab lain seperti Liverpool, Chelsea, Arsenal dan Bayern Munich juga berjaya menduduki 10 tangga teratas. Berikut adalah kedudukan penuh 10 kelab teratas dengan jumlah pengikut mereka:
JDT atasi Athletic Bilbao, Wolfsburg
Apa yang menarik adalah, kelab Malaysia iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) juga berjaya menduduki dalam senarai ini!
Mereka berjaya mengatasi beberapa kelab Eropah seperti Athletic Bilbao, Wolfsburg dan juga kelab Thailand Burriram United untuk menduduki kedudukan ke-82 dunia.
JDT mengumpul pengikut media sosial seramai 2.4 juta merentasi 6 laman media sosial.
Ia mengatasi Atheltic Bilbao yang mempunyai 2.2 juta pengikut di tangga ke-85 dan Wolfsburg dengan 1.8 juta pengikut di tangga ke-101.

Buriram United pula ditangga ke-93 dengan 2 juta pengikut.
Tetapi, siapakah kelab Asia paling ramai pengikut di media sosial?
Jawapannya adalah Persib Bandung. Ya, Persib Bandung!
Mereka menduduki tangga ke-20 dunia mengatasi kelab seperti Tottenham Hotspur dan juga AS Roma dengan mempunyai 14 juta pengikut di media sosial.
Berikut adalah kedudukan 10 kelab Asia dengan pengikut media sosial teramai:
:
JDT Atasi Athletic Bilbao & Wolfsburg Dalam Ranking Kelab Dengan Pengikut Media Sosial Teramai Semuanya BOLA.