Aubameyang akan terus sarung jersi Arsenal selama 3 tahun lagi

by Oh! Semput


HOME Posted on 17 Sep 2020 01:00:48



KONGSI ARTIKEL

LONDON: Pierre-Emerick Aubameyang menamatkan spekulasi mengenai masa depannya dengan menandatangani kontrak baru selama tiga tahun bersama Arsenal.

Kontrak Aubameyang bersama Arsenal sebelum ini dijangka berakhir pada Jun depan dan dia akhirnya bersetuju untuk memperbaharui perjanjian bersama kelab Liga Perdana England (EPL) itu.

Penyerang veteran itu menjaringkan 72 gol dalam 111 perlawanan sejak menyarung jersi kelab London tersebut daripada Borussia Dortmund dengan bayaran £56 juta pada Januari 2018.

"Untuk melanjutkan kontrak bersama kelab istimewa ini memang tidak pernah diragui," katanya kepada laman sesawang rasmi Arsenal.

"Terima kasih kepada peminat, rakan sepasukan, keluarga dan semua orang di kelab ini yang membuatkan saya rasa seperti berada di tempat sendiri.

"Saya menaruh kepercayaan kepada Arsenal. Kami dapat meraih pencapaian besar bersama-sama. Kami mempunyai sesuatu yang menarik di sini dan saya percaya yang terbaik akan menyusul buat Arsenal."

Dalam musim penuh pertamanya bersama Arsenal pada 2018-19, Aubameyang menyumbang 22 gol untuk meraih Anugerah Kasut Emas manakala musim lalu, pemain berusia 31 tahun itu menikmati satu lagi kempen hebat apabila menjaringkan 29 gol dalam 44 perlawanan.

Beliau turut menjaringkan kedua-dua gol The Gunners dalam kemenangan separuh akhir dan perlawanan akhir Piala FA ke atas Manchester City dan Chelsea selain meneruskan penampilan hebatnya di Wembley menerusi sentuhan menarik dalam perebutan Piala Sumbangsih semasa bertemu Liverpool bulan lalu, yang dimenangi skuad bimbingan pengurus pasukan Mikel Arteta itu menerusi tendangan penalti.

Walaupun spekulasi mengenai masa depan Aubameyang bertiup kencang, Arteta tetap yakin kaptennya itu akan menandatangani perjanjian baru.

- REUTERS/AW/fz

Tagged Topics

KONGSI ARTIKEL

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


loading...