by Oh! Semput
Pelakon Zarina Zainuddin meluahkan rasa syukur apabila anak istimewanya, Azal kini dikatakan sudah menemui pengganti kepada wanita Indonesia, Rahmah yang sebelum ini pernah menjadi perhatian ramai.
Menerusi perkongsian di media sosial, Zarina memuat naik video memaparkan Azal atau nama sebenarnya Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan, 30, bersama seorang wanita dikenali sebagai Allysya.
Perkongsian itu nyata mengundang perhatian netizen yang rata-ratanya menzahirkan rasa gembira selain menitipkan doa agar hubungan mereka dipermudahkan.
Bagaimanapun, terdapat juga segelintir pengguna media sosial yang mempersoalkan sama ada Azal dan Allysya boleh disatukan sebagai suami isteri memandangkan kedua-duanya merupakan individu berkeperluan khas.

Untuk rekod, Azal yang mempunyai kembar seiras, Azil atau Muhammad Razil Azrai, disahkan menghidap autisme ringan (mild autism) ketika berusia tiga tahun.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Anak Autism Zarina Zainuddin Temui Cinta Hati Baru, Netizen Persoal – “Syarat Jadi Suami Kena Berakal..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.