by Oh! Semput
Automatic Super Resolution (Auto SR) kini boleh digunakan pada konsol mudah alih ASUS ROG XBOX Ally X, ASUS ROG XBOX Ally X20 dan komputer Copilot+ PC yang menggunakan cip Ryzen. Pengumuman rasmi dilakukan oleh Microsoft dengan ia akan meningkatkan kadar bingkai permainan video menggunakan NPU terbina pada cip yang digunakan.

Auto SR versi penuh juga boleh diaktifkan apabila permainan dijalankan pada resolusi 1080p. Sebelum ini dalam sesi ujian ia hanya berfungsi pada resolusi lebih rendah. Ciri boleh digunakan ketika konsol dalam mod mudah alih atau diletakkan dalam dermaga. Sebelum ini ia hanya boleh digunakan apabila konsol dalam mod dermaga. Apabila dalam mod dermaga pula, kualiti Auto SR meningkat ke 1440p.
Microsoft mengatakan, Auto SR meningkatkan kuasa grafik dan kadar bingkai menggunakan kecerdasan buatan (AI) seperti DLSS dan FSR. Kadar bingkai sehingga 120FPS boleh dicapai menggunakannya. Akhir sekali Auto SR dan Auto HDR boleh diaktifkan serentak untuk kualiti grafik lebih tinggi dan mengaktifkan HDR dalam permainan yang sebelum ini tidak menyokongnya.