Azizah saya yang pilih, Nurul Izzah akar umbi pilih -Presiden PKR jawab isu nepotisme

by Oh! Semput


7
SHARES
93
VIEWS
Posted on 24 May 2025 17:00:41

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan nepotisme yang sering dikaitkan dengan kepimpinan partinya melibatkan isteri dan anak beliau.

Presiden PKR jawab isu nepotisme dalam parti

Memetik laporan Sinar Harian, Anwar menyatakan dakwaan tersebut tidak wajar kerana ketika Parti Keadilan Rakyat (PKR) mula bertapak, beliau sedang menjalani hukuman penjara dan tiada siapa ketika itu yang sanggup menggalas tanggungjawab memimpin parti.

“Bagi pihak Azizah yang memegang benteng kepimpinan PKR agak lama, saya ucapkan terima kasih. Orang bangkitkan isu isteri dan anak, tetapi waktu kita bertempur dulu, PKR tiada kongres, tiada perbincangan panjang.
“Siapa hendak pegang obor waktu itu? Saya lepaskan sahaja kerana saya masuk penjara. Ketika itu, tiada dana, tiada jentera parti. Maka tidak timbul isu keluarga dan nepotisme,” katanya.

alt

Tambah Perdana Menteri lagi, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika itu terpaksa memimpin parti demi kelangsungan perjuangan, manakala anak mereka, Nurul Izzah pula sanggup meninggalkan pengajian untuk turun padang membantu gerakan parti.

“Saya bangkitkan perkara ini agar ahli-ahli bertanya kepada mereka yang lama dalam parti. Ketika itu, apa pilihan kita? Siapa yang sanggup pegang obor?
“Azizah memimpin, dan Izzah pula, dalam keadaan terpaksa, tinggalkan universiti dan turun padang ke sana sini sebagai seorang dewasa.
Ya, Azizah saya pilih pada waktu itu kerana keadaan mendesak. Tapi Nurul Izzah, saudara-saudari yang pilih,” tegasnya.

alt

Presiden PKR seru seluruh ahli parti komited teruskan perjuangan

Dalam pada itu, Anwar turut menyeru agar seluruh ahli parti terus komited meneruskan perjuangan memandangkan tiada sebarang jaminan masa depan buat seseorang melainkan dengan kerja serta amal.

“Saya ingatkan, teruskan bekerja. Tiada jaminan masa depan seseorang melainkan dengan kerja dan amal. Saya masih di sini, selagi ada kudrat dan kesihatan yang mengizinkan,” katanya.

presiden pkr

Artikel lain: Saifuddin risau Rafizi hilang dari PKR, akui sebak kenang ‘saat akhir’

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan sempena Kongres Nasional PKR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, pada Sabtu.

: Sinar Harian (Nor Azura Md Amin)

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts