Wan Azizah Tak Setuju Dr M Label BR1M Rasuah

by Oh! Semput


7
SHARES
90
VIEWS
Posted on 27 Dec 2016 13:00:24

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan satu bentuk rasuah seperti yang didakwa oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Wan Azizah yang juga Presiden PKR, bantuan itu perlu diberikan oleh kerajaan kepada rakyat kerana ia menjadi tugas mereka untuk membantu.

“Dan mereka layak untuk mendapatkan bantuan ini daripada kerajaan dan ia perlu diberikan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, Selasa.

Bagaimanapun beliau berkata, kritikan terhadap BR1M adalah kerana tidak semua layak untuk mendapatkan bantuan kewangan itu.

“Bukan semua orang mendapat BR1M, tetapi semua orang mendapat GST,” katanya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir baru-baru ini mendakwa BR1M sama seperti rasuah dan oleh itu ia adalah haram atau jenayah dari sudut undang-undang.

Apabila ditanya sama ada PKR sudah tidak meletakkan harapan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri, Dr Wan Azizah bagaimanapun kekal optimis.

“Siapa yang cakap? Jangan pernah berkata tidak,” katanya ringkas.


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts