Azizulhasni terkilan kenyataan salah fakta

by Oh! Semput


HOME Posted on 10 Aug 2018 17:01:59


10 Ogos 2018 5:45 PM

PUTRAJAYA - Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang tidak dapat menyembunyikan rasa terkilannya terhadap kesalahan fakta dikeluarkan presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menerusi laporan sebuah akhbar baru-baru ini, sehingga memaksa beliau menyuarakan ketidakpuasan hati di akaun Instagram miliknya.

Azizulhasni menjelaskan tindakannya tersebut bukan mahu mengeruhkan keadaan tetapi kenyataan yang diberikan Datuk Abu Samah Abdul Wahab itu memberi kesan negatif kepada beliau terutamanya apabila dibaca pihak penaja.

Semalam, Azizulhasni berang di Instagramnya, Azizulhasniofficial, dengan merujuk kenyataan akhbar bertajuk "Azizulhasni sukar ke Sukan Olimpik 2020" dan "Misi Selamatkan Azizul' menyifatkan fakta yang diberikan Abu Samah adalah salah.

"Saya tidak marah tetapi terkilan apabila sebuah kenyataan akhbar dikeluarkan bukan sekali tetapi dua kali, laporan kedua selepas saya menghubungi Datuk Abu Samah sendiri. Terkilan sangat kerana kenyataan dikeluarkan salah.

"Presiden juga tidak pasti dengan Sistem Kelayakan Olimpik terkini. Jadi bagi saya sendiri, secara profesional, kalau kita tidak pasti dengan sesuatu perkara jangan buat sebarang kenyataan. Kita perlu pastikan fakta diberikan betul.

"Wartawan juga perlu pastikan maklumat ditulis betul. Impaknya kepada prestasi, karier serta kredibiliti saya. Penaja saya turut terkesan. Sebab itu saya tampil memberikan penjelasan, bukan kerana saya marah atau emosi," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. - Bernama

's

SUMBER ASAL


Norlida Ishak Shop
Leave a Comment:

Related News