by Oh! Semput
Selepas lebih setahun kembali rujuk, ikatan perkahwinan penyanyi Kaka Azraff dan suaminya, Adam Azriff, dilaporkan kembali terlerai apabila pasangan itu bercerai kali kedua.
Difahamkan, perceraian tersebut disahkan di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam semalam selepas pasangan berkenaan hadir bagi prosiding pengesahan lafaz talak.
Perkara itu dikongsikan seorang sumber yang berada di mahkamah sama ketika Kaka dan Adam hadir sekitar jam 9 pagi.
“Kaka yang mengenakan baju kurung sedondon dengan selendang warna krim masuk ke kamar mahkamah ditemani seorang peguam wanita dan beberapa rakannya.
Manakala suaminya pula seperti hadir bersendirian. Dia pakai kurta hijau lengkap dengan bersongkok duduk di dalam kamar sementara menunggu kes mereka dipanggil sejam kemudian.
“Apa yang saya dengar, Kaka merupakan plaintif dan suaminya defendan. Selepas kedua-duanya tampil memberikan keterangan, hakim sahkan perceraian kali kedua mereka,” katanya yang enggan dikenali.
Menurut sumber sama, pasangan tersebut dilihat tenang sepanjang berada di kamar mahkamah sebelum masing-masing beredar selepas prosiding selesai.

Bagaimanapun, usaha mendapatkan penjelasan lanjut daripada Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 37, serta pihak pengurusannya masih belum berhasil.
Sebelum ini, penyanyi lagu Gila itu pernah bercerai di mahkamah sama pada 28 Oktober 2024.
Namun, Kaka dan Adam kembali rujuk sebagai suami isteri pada awal tahun 2025 ketika masih dalam tempoh idah.
Untuk rekod, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 selepas hanya tiga bulan bercinta.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aslan, 7, Aryan, 5, dan Atta Adam yang kini berusia dua tahun.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Kaka Azraff Dan Suami Bercerai Kali Kedua Selepas Lebih Setahun Rujuk first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.