Bagaimana Putera Harry hadapi kematian Puteri Diana

by Oh! Semput


HOME Posted on 23 Jun 2017 21:01:05



Sinar Harian
Puteri Diana
Puteri Diana
LONDON - ENGLAND . Putera Harry membuka kisah bagaimana beliau harus menghadapi saat-saat kehilangan ibu tercinta, Puteri Diana semasa berumur 12 tahun, lapor Metro.co.uk

Beliau mengimbau saat di mana dia harus berjalan di belakang jenazah ibunya semasa perarakan pengebumian Puteri Diana pada tahun 1997.

“Ibu saya baru sahaja meninggal dan saya harus berjalan di belakang kerandanya dan berarak di kelilingi beribu-ribu orang manakala berjuta lagi menontonnya di televisyen.

“Tiada kanak-kanak harus diperlakukan sebegitu,” katanya.
Putera Harry menyertai abangnya, Putera William yang ketika itu berumur 15 tahun, Duke of Edinburgh dan pakcik, Earl Spencer dalam perarakan melalui London semasa pengebumian Puteri Diana.
Beliau turut mengakui harus menjalani terapi untuk menangani perasaannya itu.

Putera Harry juga mengakui bahawa tiada keluaga Diraja yang benar-benar mahu menaiki takhta namun menegaskan, bila tiba masa yang sesuai mereka akan melakukan tugas dengan sebaiknya.
“Keluarga kami terlibat untuk memodernisasikan monarki dan orang muda kini ingin meneruskan legasi yang dibuat oleh Ratu England.

“Kami tidak melakukannya untuk diri sendiri tetapi demi kebaikan rakyat, adakah keluarga Diraja ingin menjadi raja atau ratu? Saya tidak fikir begitu,” katanya lagi.
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • LONDON - ENGLAND. Puteri Diana bakal pulang ke 'rumahnya' tidak lama lagi dan melihat anak-anak dan cucu-cucu kesayangannya sempena ulang tahun ke 20 kematiannya lapor Enews!.

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...