Bahasa Inggeris dibenar dalam urusan rasmi di Sabah, Sarawak, kata menteri

by Oh! Semput


10
SHARES
134
VIEWS
Posted on 20 Nov 2023 15:00:28

KABINET Persekutuan bersetuju penggunaan Bahasa Inggeris dibenarkan bagi urusan rasmi di Sabah dan Sarawak, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Ewon Benedick.

Beliau berkata keputusan itu selaras dengan perlembagaan kedua-dua negeri yang membenarkan penggunaan bahasa Inggeris untuk urusan rasmi di negeri masing-masing.

“Ini (penggunaaan bahasa Inggeris) termasuk dalam prosiding di mahkamah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah serta Sarawak,” kata Ahli Parlimen Penampang itu dalam kenyataan selepas merasmikan program Be English Speakers Today (BEST) di Penampang hari ini.

Mengenai program dianjurkan bersama Yayasan Bank Rakyat dan Yayasan Pendidikan INDEP itu, Ewon berkata program seumpamanya dapat membudayakan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan generasi muda selain bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda masing-masing.

“Pelajar digalakkan menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa iaitu bahasa ibunda, bahasa kebangsaan dan bahasa utama antarabangsa. Bahasa kebangsaan wajib dikuasai warganegara Malaysia selain bahasa antarabangsa, termasuk bahasa Inggeris, Mandarin, Arab atau bahasa utama lain di dunia,” katanya.

Program BEST itu memanfaatkan lebih 390 pelajar dari enam daerah terpilih di negeri ini, yang akan mengikuti pembelajaran mengikut modul disediakan untuk memperkasakan penguasaan bahasa Inggeris mereka. – Bernama, 20 November, 2023.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts