by Oh! Semput

Bukan setakat manusia yang boleh memberi impak positif kepada masyarakat. Haiwan pun boleh sebenarnya.
Baru-baru ini seekor gorilla di San Jose Animal Care Center Calirfornia yang digelar Koko telah pun mengambil tiga ekor anak kucing untuk menjadi anak angkatnya.
Meskipun Koko hanya dibenarkan untuk berinteraksi dengan anak-anak kucing yang diberi nama Bear, Mia dan Vaida, di bawah pengawasan, interaksi mereka bersama nampaknya berjalan tanpa masalah.
Koko yang tidak pernah melahirkan anak, ternyata masih lagi mempunyai naluri keibuan yang kuat dengan cara ia menjaga anak-anak kucing berkenaan.