MITI Bakal Lancar Aplikasi Mudah Alih Sistem Saham Khas Bumiputera

by Oh! Semput


3
SHARES
35
VIEWS
Posted on 11 Nov 2026 11:00:11

Kerajaan menerusi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan melancarkan aplikasi saham terbaru yang akan dikenali sebagai Aplikasi Mudah Alih Sistem Saham Khas Bumiputera Versi 3.0.

Inisiatif ini bertujuan untuk memperkasa penyertaan Bumiputera dalam sektor korporat melalui Tawaran Awam Permulaan (IPO) di Bursa Malaysia.

Ia mencerminkan komitmen MITI dalam meluaskan peluang penyertaan Bumiputera ke arah mengukuhkan pemilikan ekuiti serta melonjakkan pembangunan ekonomi negara melalui ekosistem pelaburan yang lebih inklusif dan mampan

Kemudahan digital yang lebih efisien ini turut membuka ruang kepada urusan berkaitan Saham Khas Bumiputera dilaksanakan dengan lebih mudah dan teratur.

MITI Bakal Lancar Aplikasi Mudah Alih Sistem Saham Khas Bumiputera

MITI memaklumkan, minima unit saham yang boleh dipohon ialah sebanyak 3,000 dengan tiada had maksima ditetapkan.

Nantikan pelancaran Aplikasi Mudah Alih Sistem Saham Khas Bumiputera Versi 3.0. pada hari Khamis ini (esok) yang dibangunkan semula secara menyeluruh yang turut diintegrasikan dengan teknologi AI bagi meningkatkan kecekapan pemprosesan dan automasi pentadbiran serta pelaporan.

Sebagai persediaan awal, anda bolehlah mula mendaftar dan memohon Saham Khas Bumiputer (SKB) MITI ini melalui sistem Saham Online MITI di pautan SahamOnline – Miti.

{suggest}

MITI Bakal Lancar Aplikasi Mudah Alih Sistem Saham Khas Bumiputera WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts