EPL Bakal Lancar Aplikasi Strim Baharu, Eksklusif Mula Di Singapura

by Oh! Semput


4
SHARES
53
VIEWS
Posted on 27 Feb 2026 04:00:34

Liga Bola Sepak Inggeris, EPL dilapor bakal melancarkan aplikasi penstriman baharu bernama Premier League Plus atau “Premflix” .

Aplikasi ini akan menjadi platform rasmi yang akan menyiarkan kesemua 380 perlawanan setiap musim secara langsung.

Namun, pelancaran awal hanya terhad di Singapura bermula Ogos 2026.

Langkah ini menandakan kali pertama liga menjual liputan terus kepada peminat tanpa bergantung sepenuhnya kepada penyiar tradisional.

Ketua Eksekutif Richard Masters menyifatkan projek ini sebagai peluang pembelajaran untuk memahami strategi promosi, harga dan interaksi pelanggan.

Aplikasi ini akan ditawarkan bersama rakan kongsi sedia ada, Starhub, sebagai saluran 24/7.

Idea penstriman terus sebelum ini pernah dicadangkan oleh pemilik kelab seperti Todd Boehly, tetapi liga memilih pendekatan percubaan terlebih dahulu.

Langkah ini dilihat sebagai eksperimen berani yang berpotensi mengubah cara peminat bola sepak menikmati aksi liga paling popular di dunia.

{suggest}

EPL Bakal Lancar Aplikasi Strim Baharu, Eksklusif Mula Di Singapura WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts