by Oh! Semput
Pendaki wanita yang sebelum ini dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, dibenarkan keluar dari Hospital Tapah kira-kira jam 1.50 petang tadi selepas menerima rawatan.
Jaslinda dilihat berada dalam keadaan ceria dan banyak tersenyum ketika ditemui pemberita di Wad Perempuan hospital berkenaan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana mendoakan keselamatan saya. Balik ke rumah tidur, berehat dahulu. Kenyataan-kenyataan itu kemudian saya beritahu. Benda-benda (spekulasi) yang dengar itu semua fitnah,” katanya ringkas kepada pemberita di Wad Perempuan, Hospital Tapah di sini hari ini.
Bagaimanapun, Jaslinda tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai dakwaan ‘fitnah’ yang dimaksudkannya itu.
Difahamkan, Jaslinda kemudian dibawa pulang ke kediamannya di Damansara menaiki sebuah kereta Honda City berwarna hitam yang dipandu suaminya, Haszman Othman, 61. – KOSMO ONLINE
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“Saya Balik Rumah, Tidur Dahulu, Yang Spekulasi Itu Semua ‘Fitnah'” – Jaslinda first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.